-
struktur dan fungsi sel
- organel ialah struktur sel yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.
- selain nukleus(organel sel yang terbesar), conto-contoh organel lain termasuklah mitokondrion, kloroplas, vakuol, ribosom, lisosom dan jasad golgi.
- sesetengah organel ini hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.
sel tumbuhan dan sel haiwan seperti yang
kelihatan menerusi mikroskop cahaya.
- KOMPONEN SEL
HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN
- membran sel
- Membran sel ialah istilah umum yang merujuk kepada semua jenis membran yang terdapat dalam sel.
- Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma.
- membran plasma terdir daripada protein dan fosfolipid.
- membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar.
- membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
- membra plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.
- dinding sel
- dinding sel ialah lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma sel tumbuhan.
- dinding sel terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.
- dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
- dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan pelindungan kepada sel tumbuhan.
- dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.
- sitoplasma
- sitoplasma ialah bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli,,tempat organel sel terbenam.
- sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel.
- sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.
- nukleus
- nukleus ialah organel yang besar, tumpat dan membentuk sfera.
- nukleus dilingkungi oleh membran nukleus.
- nukleus juga mengandungi nukleoplasma dan struktur sfera gelap yang disebut nukleolus.
- kromatin ialah keadaan kromosom semasa sei tidak membahagi dan terkandung di dalam nukleuoplasma.
- kromosom membawa maklumat genetik yang akan menentukan sifat dan fungsi sel.
- nukleus sangat penting dalam mengawal segala aktiviti sel.
- sintesis protein adalah dikawal oleh maklumat yang terkandung dalam kromosom.
- vakuol
- vakuol ialah kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membran separa telap yang disebut tonoplas.
- cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel.
- sel tumbuhan yang tipikal mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil.
- mikro organisma air tawar seperti paramecium mengandungi vakuol mengecut dan vakuol makanan.
- vakuol mengecut terlibat dalam pengawalaturan dan keseimbangan air dalam organisma ini.
- vakuol makanan pula sebagai tempat simpanan dalam sel.
- sap sel dalam vakuol mengandungi air, asid organik,gula,asid amino,garam mineral, bahan buangan,pigmen,dan hasil sampingan metabolisme.
- sap sel juga menyokong tumbuhan herba supaya tidak layu dengan mudah.
- mitokondrion
- mitokondrion jika dilihat menerusi mikroskop elektron akan kelihatan sebagai organel kecil berbentuk sfera atau silinder.
- mitokondrion terlibat dalam respirasi sel
- proses ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion.
- tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk molekul ATP(adenosina trifosfat)dan sedia digunakan oleh sel.
- ribosom
- ribosom merupakan organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma.
- setiap ribosom terdiri daripada asid ribonukleik(RNA) dan protein.
- sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom.
- ribosom menggunakan maklumat yang terkandung dalam kromosom untuk menghasilkan protein.
- jalinan endoplasma
- jalinan endoplasma ialah jaringan membran berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan.
- membran jalinan endoplasma bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.
- terdapat dua jenis jalinan endoplasma, iaitu jalinan endoplasma kasar dan licin.
- jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom pada permukaannya manakala jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya.
- jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.
- protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus di dalam vesikel.
- protein ini kemudian diangkut dari satu bahagian ke bahagian sel yang lain.
- jalinan endoplasma licin merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksidkan dadah dan racun.
- jasad golgi
- jasad golgi terdiri daripada satu timbunan kantung pipih.
- jasad golgi berfungsi sebagai pusat memproses,membungkus, dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.
- vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membran jasad golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran.
- jasad golgi akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan.
- vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma.
- vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel.
- lisosom
- lisosom ialah kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis.
- enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida dan asid nukleik.
- lisosom juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.
- lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi mencernakan kandungan dalam vakuol.
- hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrien untuk kegunaan sel.
- lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.
- sentriol
- sentriol ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus.
- sentriol terdiri daripada susunan mikrotubul yang kompleks.
- sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel di dalam sel haiwan.
- sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.
- kloroplas
- kloroplas berbentuk bujur.
- struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil.
- klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis.
- klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.
2.2- organisasi
sel
proses hidup dalam
organisasi unisel
- organisma unisel ialah organisma kecil dan ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja.
- apa yang menajubkan ialah organisma ini boleh menjalankan semua fungsi penting dalam satu sel.
- organisma unisel boleh makan, berespirasi, berkumuh, bergerak, bergerak balas terhadap rangsangan, membiak dan membesar.
- bagi organisma unisel, kemandiriannya bergantung pada komponen sel dan organel-organel, kerana tidak mempunyai sebarang organ atau sistem.
- setiap organisma unisel adalah organisma lengkap yang serupa seperti tumbuhan atau haiwan.
- contoh organisma unisel ialah amoeba.
- Amoeba
- kebanyakan species amoeba ialah organisma yang hidup bebas di dalam air tawar dan tanah lembap.
- Amoeba dilingkungi oleh membran plasma dan sentiasa berubah bentuk apabila bertemu dengan halangan dan bergerak balas terhadap rangsangan.
- rangsangan yang kuat seperti larutan berasid atau cahaya terng menyebabkan amoeba berundur.
- organisma ini bergerak mengunjurkan pseudopodium atau 'kaki palsu' ke suatu arah dan meletak hujung pseupodium pada tanah.
- psepodium juga diguakan untuk memerangkap mikroorganisma seperti bakteria secara fagositosis bergerak ke arah makanan dengan mengunjurkan pseudopodiumnya.
- pseudopodium melindungi makanan yang kemudiannya dibungkus dalam vakuol makanan.
- vakuol makanan bergabung degan lisosom dan makanan dicerna oleh enzim hidrolisis dalam lisosom yang disebut lisozim.
- nutrien yang terhasil akan diserap ke dalam sitoplasma.
- pertukaran gas, nutrie, dan bahan buangan berlaku melalui membran plasma secara resapan.
- oleh sebabamoeba hidup dalam persekitaran air tawar, air akan meresap masuk ke dalam sel amoeba secara osmosis dan mengisi vakuol mengecut.
- vakuol mengecut terlibat dalam pengosmokawalaturan.
- setelah mencapai tahap maksimum, vakuol tersebut akan mengecut dan menyingkirkan kandungannya dari masa ke masa.
- apabila keadaan sesuai, amoeba menjalankan pembiakan aseks iaitu belahan dedua.
- jika persekitaran tidak sesuai amoeba membentuk spora.
PENGKHUSUSAN SEL DALAM ORGANISMA MULTISEL
- organisma multisel ialah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.
- sebagai contoh, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu sel tunggal yang disebut zigot, iaitu sel yang terbentuk daripada gamet jantan dan gamet betina.
- sel darah putih boleh berubah bentuk untuk memusnahkan bakteria.
- sel darah merah berbentuk cakera dwicekung dan sangat fleksibel.. ini membolehkannya bergerak dengan mudah sepanjang salur darah yang sempit.
- sel saraf mempunyai gentian akson yang panjang dan halus untuk menghantar impuls saraf.
- sel sperma mempunyai ekor panjang untuk membolehkannya berenang ke arah ovum. kepalanya membawa satu set kromosom yang berasal daripada induk jantan.
ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA UNISEL
- organisma sel dalam organisma multisel boleh diringkaskan sebagai:
- sel
- tisu
- organ
- sistem
- organisma multisel
ORGANISASI SEL DALAM HAIWAN
TISU
- tisu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
- tisu epitelium
- tisu otot
- tisu penghubung
- tisu saraf
TISU EPITELIUM
- tisu epitelium terdiri daripada daripada satu atau lebih lapisan sel.
- sel-sel tisu tersusun rapat antara satu sama lain membentuk satu lapisan berterusan yang melapisi permukaan luar (kulit dan ruang mulut).
- permukaan berongga dalam badan (rongga salur pencernaan dan kelenjar endokrin).
- tisu epitelium berfungsi sebagai halangan yang berupa pelindung daripada jangkitan, kecederaan mekanikal dan penyahidratan.
- tisu epiteliumyang melapisiusus manusia membentuk sel goblet yang merembes mukus ke dalam salur pencernaan.
- tisu epitelium yang melapisi trakea mempunyai sel panjang dengan unjuran seperti rambut yang dikenali sebagai silium.
TISU OTOT
- tisu otot merupakan tisu yang paling banyak terdapat dalm badan.
- tisu otot terdiri daripada gentian otot.
- terdapat tiga jenis otot iaitu otot licin (usus, salur darah, salur kencing, salur pembiakan), otot rangka (tulang rangka badan) dan otot kardium (dinding jantung).
- pengecutan dan pengendoran otot licin bertanggungjawab terhadap aktiviti luar kawal badan seperti peristalsis di sepanjang salur pencernaan.
- otot licin mengecut lebih perlahan daripada otot rangka tetapi kekal engecut untuk jangka masa yang lebih lama.
- otot rangka terlibat dalam pergerakan terkawal.
- otot rangka mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang.
- otot kardium mengecut untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.
- pengecutan otot kardium adalah luar kawal.
TISU SARAF
- tisu saraf terdiri daripada neuron atau sel saraf.
- setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson.
- neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan dan seterusnya mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioeletrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.
- tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.
TISU PENGHUBUNG
- tisu penghubung terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-
- tisu penghubung longgar.
- tisu penghubung bergentian.
- rawan.
- tulang.
- tisu darah.
- tisu adipos(tisu lemak).
TISU PENGHUBUNG LONGGAR
- tisu penghubung longgar merupakan tisu penghubung yang paling banyak terdapat dalam badan.
- tisu ini berfungsi memautkan tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.
TISU PENGHUBUNG BERGENTIAN
- tisu penghubung bergentian mengandungi banyyak gentian kolagen yang disusun rapat.
- tisu penghubung jenis ini dijumpai dalam tendon yang menyambungkan tulang kepada otot dan ligamen yang menyambungkan tulang kepada tulang.
RAWAN
- rawan ialah tisu penghubung yang kuat dan fleksibel.
- rawan memberi sokongan kepada hidung, telinga dan menutup hujung tulang pada sendi.
- ceper yang didapati antara vertebra dan bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan.
TULANG
- tulang terdiri daripada sel-sel yang terbenam dalam satu matriks kolagen dan dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium fosfat.
- kombinasi ini menyebabkan tulang lebih keras daripada rawan.
- tulang melindungi organ dan menyokong badan.
TISU DARAH
- tisu darah seperti sel darah merah dihasilkan dalam sumsum tulang yang terletak di hujung tulang panjang.
- darah memainkan peranan dalam pengawalaturan,pengangkutan dan perlindungan.\
TISU ADIPOS(TISU LEMAK)
- tisu adipos terdiri daripada sel-sel yang tersusun padat untuk menyimpan lemak.
- tisu ini boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan di sekeliling semua organ utama.
- tisu ini berfungsi memberi tenaga simpan dan juga membekalkan penebatan dan perlindungan.
ORGAN
- organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang bergabung bersama untuk melakukan sesuatu fungsi yang khusus.
- kulit merupakan organ yang melapisi seluruh badan.
- kulit berfungsi sebagai pelindung terhadap jangkitan, kecederaan fizikal dan penyahidratan.
- kulit terdiri daripada dua lapisan utama iaitu epidermis(luar) dan dermis(dalam).
- lapisan epidermis terdiri daripada tisu epitelium.
- sel-sel epitelium sentiasa menjalankan pembahagian sel.
- dermis terdiri daripada tisu penghubung, tisu saraf, tisu epitelium dan tisu otot..
- darah dibekalkan kepada kulit melalui jaringan kapilari darah.
- pelbagai hujung gentian saraf tersebar di seluruh dermis dan epidermis.
- hujung-hujung sarafmerupakan reseptor tekanan, suhu, sentuhan dan kesakitan yang memancarkan impuls saraf ke bahagian sistem saraf yang lain.
SISTEM
- setiap sistem terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus.
- terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama dalam badan manusia.
- fungsi semua sistem mesti berkoordinasi supaya organisma dapat hidup dengan sempurna.
- jenis-jenis sistem utama dalam badan manusia:-
- sistem integumen
- sistem peredaran darah
- sistem endokrin
- sistem limfa
- sistem saraf
- sistem pencernaan
- sistem otot
- sistem perkumuhan
- sistem rangka
- sistem respirasi
- sistem pembiakan
ORGANISASI SEL DALAM SEL TUMBUHAN
TISU
- tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:-
- tisu meristem(sel bersaiz kecil yang mempunyai dinding nipis, nukleus bersaiz besar, sitoplasma padat dan tiada vakuol).
- tisu kekal(tisu matang yang telah mengalami perbezaan atau sedang mengalami pembezaan).
- tisu kekal terbahagi kepada tiga iaitu:-
- tisu epidermis
- tisu asas
- tisu vaskular
TISU EPIDERMIS
- tisu epidermis ialah lapisan paling luar yang melapisi permuaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda.
- kebanyakan sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol yang besar.
- dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi oeh lapisan berlilin yang kalis air disebut kutikel.
- kutikel mengurangkan kehilangan air secara penyejatan, melindungi dau daripada kecederaan mekanikal dan menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.
- sel pengawal ialah sel epidermis khusus yang boleh ditemui di antara sel epidermis daun..
- sel ini mengawal penutupan dan pembukaan stoma.
- sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang disebut akar rambut yang menambahkan luas permukaan untuk penyerapan air daripada tanah.
TISU ASAS
- tisu asas terbahagi kepada tiga iaitu:
- tisu parenkima
- tisu kolenkima
- tisu sklerenkima
TISU PARENKIMA
- sel yang paling ringkas dan tidak khusus yang dijumpai dalam semua organ tumbuhan.
- sel-sel ini mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.
- tempat menyimpan kanji dan gula.
- tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan herba.
TISU KOLENKIMA
- tisu kolenkima mempunyai dinding sel yang menebal secara tidak seragam terutamanya pada bucu-bucunya.
- memberi sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba), batang muda dan petiol.
TISU SKLERENKIMA
- mempunyai dinding sel sel yang ditebalkan dengan seragam oleh lignin dan mungkin merupakan tisu mati.
- memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.
TISU VASKULAR
- tisu vaskular terbahagi kepada dua iaitu:-
- xilem(mengangkut garam mineral dan air)
- floem(sebatian organik yang baru disintesis/ menjana fotosintesis kepada tumbuhan)
XILEM
- mengangkut garam mineral dan air terlarut dari akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan.
- memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan.
FLOEM
- terdiri daripada sel tiub nipis yang tersusun hujung ke hujung untuk membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan.
- sebatian organik yang baru disintesis.
ORGAN DAN SISTEM DALAM TUMBUHAN
- contoh organ tumbuhan iaitu:-
- daun
- bunga
- batang
- akar
- daun terdiri daripada:-
- tisu asas
- tisu vaskular
- tisu epidermis
- sistem organ tumbuhan tidak begitu khusus dengan sistem organ haiwan.
- tumbuhan berbunga terdiri daripada dua sistem utama iaitu:-
- sistem akar
- sistem pucuk
- sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan
- sistem pucuk terdiri daripada:-
- batang
- daun
- pucuk
- bunga
- buah
- batang dan ranting merupakan sistem sokongan untuk menyokong daun pada kedudukan menegak bagi membolehkan penyerapan cahaya dan fotosintesis.
- bunga terlibat dalam proses pendebungaan.
PENGAWALATURAN PERSEKITARAN DALAM
PERSEKITARANDALAM ORGANISMA MULTISEL
- persekitaran dalm organisma multisel terdiri daripada bendalir interstis dan plasma darah.
- bendalir interstis memenuhi ruang antara sel dan sentiasa membasahi sel.
- pertukaran nutrien dan bahan buangan berlaku antara bendalir interstis dengan plasma darah dalam kapilari darah.
KEPERLUAN MENGEKALKAN PERSEKITARAN DALAM YANG OPTIMUM
- faktor-faktor fizikal yang perlu dikawal atur:-
- suhu
- tekanan darah
- tekanan osmosis
- faktor-faktor kimia termasuklah:-
- kandungan garam
- gula
- nilai pH
- homeostasis ialah pengawalaturan persekitaran dalam yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.
- perubahan ini dikawal atur melalui mekanisme homeostasis yang mengekalkan persekitaran dalam supaya proses metabolisme boleh ters berlaku pada kadar yang optimum.
- sebarag peningkatan nilai faktor fizikal atau kimia akan mencetuskan satu mekanikal homeostasis untuk mengembalikan nilai tersenut ke arah normal.
- sebaliknya, sebarang penurunan mencetuskan mekanisme homeostasis untuk meningkatkan semula nilai ke aras normal.
- mekanisme yang mengawal atur homeostasis dikenali sebagai mekanisme suap balik negatif.
PENGLIBATAN PELBAGAI SISTEM DALAM MENGEKALKAN PERSEKITARAN DALAM YANG OPTIMUM
- suhu badan dikawal atur oleh sistem integumen (kulit dan kelenjar peluh), sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem otot dan sistem endokrin.
- sistem respirasi, sistem peredaran darah dan sistem saraf mengawal atur aras kepekatan karbon dioksida dan oksigen dalam aliran darah.
- aras glukosa darah dikawal atur oleh kelenjar endokrin, sistem peredaran
- aras pH dikawal atur oleh sistem respirasi sistem peredaran darah dan sistem perkumuhan
- darah dan sistem pecernaan.
- sistem saraf, sistem endokrin, sistem perkumuhan dan sistem peredaran darah mengawal atur tekanan osmosis darah serta keseimbangan air dan bahan terlarut dalam bendalir badan.
- kandungan kimia dalam badan seperti bahan buangan metabolisme dikawal atur oleh sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem endokrin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar